Friday, November 9, 2012

Aku,Dia,Kenangan dan Mimpi.

  Setelah berpisah dengan seseorang, hidup aku sepi tanpa ada orang yang menemani. Nasib baik ade family yang sentiasa mengisi ruang kosong itu...2 3 bulan juga la nak lupakan dia dalam hidup ni...susuh gile nak lupakan dia...tetapi Alhamdulillahhari demi hari dapat juga lupakan dia sebagai kekasih hati...tapi xla 100% lupakan...kita masih lagi contact just sebagai kawan je...xlebih dari itu...dia pun dah ade pakwe lain yg mybe "lebih baik "dari aku...Hmmm...xtau la...


  Ok lupakan dia...selepas dia pergi tinggalkan aku...tetiba aku teringatkan seseorang...seseorang yang pernah aku kenali semenjak sekolah rendah...rumah dia bersebelahan dengan kampung aku...dia agak cantik dan comel pada pandangan aku...time dulu die sangat garang...takut aku...hahahaha...sekarang xtau la garang lagi ke tak...time UPSR dulu dia la orang pertama jerit kat aku yang aku dapat keputusan yang baik dlm UPSR...time tu aku baru je sampai pintu gate..Hmmm..tersenyum lak teringat kisah lalu..sejak tu la aku terjatuh cinta ngan dia...cinta monyet la kirenye...aku bagi dia rantai yg aku amanahkan utk dia simpan sampai bila-bila...entah dia simpan ke tak..dia bagi aku mug...sampai sekarang aku masih gunakan mug tu sebagai tempat rendam telur separuh masak..


  Lepas sekorang rendah,aku terputus hubungan dengan dia,sebab berlainan sekolah menengah..kalau jumpa pun,malu-malu nak tegur...entah la...hahaha....tapi selepas habis SPM,aku terjumpa dia di suatu tempat di Pontian...aku pun beranikan diri untuk tegur dia...dan mintak nombor hp dia...fuhh,dapat beb...gigil nak taip nombor hp dia...gugup la katekan..,hahaha..selang beberapa hari aku pun kacau dia...main miscall la,mesej dia la...garang tol dia ni...tapi dia still melayan aku...pelik tol dak ni...

  Selepas itu,kiteorang pun bercontact la walaupun dia tak tahu nama sebenar aku..aku kenalkan diri aku sebagai Jahar...sampai aku belajar kat poli pun masih contact dia.mesej la,voice mesej la,anta mms la,call pun ade gak tapi xselalu...Hingga tiba suatu hari aku nekad untuk memberitahu siapa diri aku yang sebenar. Terkejut juga dia bila dia tahu siapa aku yang sebenarnya..tapi dia tak marah,malah masih still berkawan ngan dia...thanks...kiteorang pun terus contact untuk beberapa ketika sehingga masing - masing busy dengan tugas memasing,sudah jrang bertanya kabar..nasib baik dia ingat kat aku...dia tukar nombor hp pun bagitau aku...dia putus ngan pakwe dia pun bagitau aku...baik sangat ke aku ni..???huhuhu...

  Lepas aku grad...aku dah tak contact dia,nak contact balik tapi nombor baru dia "tak sengaja"terdelete...nombor lama adala...tapi dia dah tak guna dah...sejak itu tak dah apa keadaan dia..tetiba selepas putus ngan kekasih hati,fikiran aku terarah terhadap dia....lagi lah dapat tahu dia jadi "makcik jual kuih"kat depan rumah dia...cubby gak dia...hahaha..tapi still comel..he..sejak itu,aku teringat kat dia plak..sampaikan termimpikan dia...banyak kali plak tu...adussss...apesal ngan aku ni...aku macam nak berkenalan balik dengan dia tapi hati masih lagi terkunci....fobia pun ade gak takot terjadi cam dulu....mungkin tahun depan kalau ade jodoh and rezeki,aku mulakan langkah untuk cari jalaan untuk berkenalan dengan dia balik...kalau xde rezeki takpe la...dapat tengok dia dari visor motor dan tingkap kereta pun jadi la...

Harap mimpi aku menjadi kenyataan..Amin...(ewah!)



Thursday, February 23, 2012

Sahabat > Musuh

Aku hanye mahu die anggap aku sebagai sahabat sahaje..tak lebih dari itu...tapi kenape die layan aku macam aku ni musuh die...mungkin die sudah mendapatkan sahabat yang lebih baik dari aku...aku terasa seperti dianiaya olehnya...dikhianati....orang cakap orang yang dianiaya doanya akan dimakbulkan oleh Alaah..jadi aku ingin berdoa kepada Allah suapaya dia menyedari perbuatannya bukan tindakan yang betul dan semoga hatinya akan menerimaku sebagai sahabat dia bukan sebagai musuh dia...aku tidak meminta lebih daripada itu.....hanya sebagai sahabat sahaja...sahabat sejadi selama - lamanya...

Harap suatu hari dia akan membaca luahan aku ini...dan berubah fikiran...Amin...

Sekian...

Tuesday, February 14, 2012

Terbangnya dia pergi...

Aku mempunyai seekor burung yang aku bela sejak 4 tahun lalu....burung yang aku bela ini dari secara fizikal tidak yang tercantik tapi apabila kita melihat dia,hati kita jadi tertawan...orang cakap ada aura tersembunyi...orang akan jadi lebih tertarik apabila kita melayan burung itu..keletahnya,aksinya membuatkan orang mahukan burung yang aku bela ini...

Apabila aku marah,aku tengok burung itu...hilang kemarahan aku...apabila aku tertekan,aku pergi melayan burung itu...keletahnya cukup membuatkan hati aku tenang...senang aku berada di samping burung yang aku bela ini....macam - macam yang berlaku antara aku dan burung itu tapi semua dapat diselesaikan dengan baik...aku sayang dan suka burung yang aku bela ini...terlalu sayang untuk aku lepaskan dan bagi kepada orang lain walaupun ada orng yang cuba memintanya....

Tapi tak semua yang indah berlaku dalam hidup aku...tanpa aku sengaja aku biarkan pintu sangkar terbuka luas untuknya...dan dia terbang keluar bebas di dunia dia...tidak aku faham kenapa dia terbang keluar sedangkan sebelum ini,dia setia denganku walaupun adakalanya pintu sangkarnya terbuka....Puas aku mencari ke mana hilang burung kesayanganku ini...awak di mana?awak nak menguji saya ke?

Setelah puas aku mencari..rupa - rupanya dia telah  hinggap di rumah orang lain..aku lihat dia sungguh senang sekali berada di sisi orang itu...seperti tidak kekok berhadapan dengan orang itu...berkali - kali aku cuba masuk ke rumah itu tetapi begitu sukar...tetapi aku tidak mengalah,aku cuba pelbagai cara untuk mengambil semula burungku itu...aku sayangkan burung aku itu...tetapi terlalu banyak halangan di hadapan ku...aku lihat burung itu sekali sekala memerhati aku dari luar dan berkelicap seperti ingin memberitahu yang dia sedang hidup selesa dan menyatakan tuan barunya sentiasa bagi makan,melayan dia dan menyayangi dia lebih dari apa yang aku telah bagi padanya....

Nampaknya aku disisihkan kerana kurang pengalaman menjaga burung.Tapi tak mengapa,jangan menyerah sebelum mengalah.Mesti adalah ruang dan peluang untuk dapatkan balik burung yang pernah aku miliki sebelum ini.Aku harap dia akan terbang padaku dan aku berjanji akan menjaga dia dengan lebih baik dari sebelum ini.Aku sayang kamu dan aku tunggu kamu!



AKU BUKAN PENJAGA YANG TERBAIK TAPI AKU AKAN BERUSAHA LEBIH BAIK

Tuesday, January 24, 2012

Selagi aku ada.....

Selagi aku ada....
selagi jantung ini berdegup.....
selagi aku bernafas...
selagi mata aku terus melihat....
selagi mulut masih mampu berbicara...
selagi kaki aku terus melangkah...
selagi tangan memegang erat...
selagi nyawa dikandung badan...

selagi itu aku akan terus mencintai kamu...
selagi itu aku terus menyayangi kamu...
selagi itu aku terus memberi kesetian kepada kamu...
selagi itu aku terus menjaga kamu...


kerana ku tahu kau lah hidup ku...
kerana ku tahu kau pemberi nafas ku...
kerana ku tahu kau lah jodoh ku...
Amin.......

Wednesday, July 27, 2011

Fakta : suara sumbang

Kalau ada baby  atau budak kecik  nyanyi walaupun amat sumbang sekali die nyanyi,orang ramai terutamanya makcik dan akak-akak akan kata......

comeyy nyerr die nyanyi!!!geram i tgk die....so cute!!!cam nk gigit jew!!!


Tapi....

kalau orang besar nyanyi dengan sumbang sekali,orang ramai terutamaya pakcik dan abg-abg akan kata......

Pergghh!!teruk syial die nyanyi..ke laut ko nyanyi...ni nak jadi penyanyi...!!??perosak lagu!perosak bangse!!puihh!!