Wednesday, July 27, 2011

Fakta : suara sumbang

Kalau ada baby  atau budak kecik  nyanyi walaupun amat sumbang sekali die nyanyi,orang ramai terutamanya makcik dan akak-akak akan kata......

comeyy nyerr die nyanyi!!!geram i tgk die....so cute!!!cam nk gigit jew!!!


Tapi....

kalau orang besar nyanyi dengan sumbang sekali,orang ramai terutamaya pakcik dan abg-abg akan kata......

Pergghh!!teruk syial die nyanyi..ke laut ko nyanyi...ni nak jadi penyanyi...!!??perosak lagu!perosak bangse!!puihh!!

Wednesday, July 13, 2011

TIP PEMANDUAN KERETA SEMASA TEST JPJ

Hallo!!!lme gler xupdate blog nie......hahahaha....


Arini aku nk kongsikan sedikit tip care2 bawak kereta semasa test JPJ...maklum la bru test JPJ Jumaat lps...disebabkan xcited sangat buat test,,,aku mintak 2 kali test...hahaha...hebat x aku...jangan salahkan aku...salahkan pegawai JPJ yg jage bukit tue......Demm..


ok la...mls nk citer panjang-panjang....kepada yg bru nak belaja kereta boleh tgk aku pnye tip yg xseberape nie...yg "juara bertahan" pn leh tgk gak kalau xmalu...huhuhuhu......




MEMULAKAN PEMANDUAN:
  1. Bagi salam kepada pegawai JPJ
  2. Betulkan tempat duduk
  3. Periksa side mirror
  4. Peiksa cermin pandang belakang
  5. Periksa wiper
  6. Periksa signal kiri dan kanan
  7. Pakai tali pinggang
  8. Start enjin
  9. Pandang cermin belakang dan pandang tepi
  10. Minta izin untuk memulakan perjalanan
  11. Tekan clutch
  12. Masuk gear 1
  13. Turunkan hand brake
  14. Tekan sedikit pedal minyak
  15. Lepaskan clutch perlahan – lahan
  16. Kereta berjalan seperti biasa dan maasukkan gear seterusnya

MEMANDU KETIKA DI TRAFFIC LIGHT:
  1. Ketika dalam 4 tiang sebelum sampai lampu trafik,tukar gear ke gear 2
  2. Tekan clutch dan  brek kaki perlahan-lahan sehinga ruang jarak antara kereta anda dengan kereta di depan sebanyak 1 kereta.
  3. Tarik hand brake dan freekan gear
  4. 10 saat sebelum lampu hijau tekan clutch dan masukkan gear 1
  5. 5 saat sebelum gerak turunkan hand brake
  6. Tekan sedikit pedal minyak
  7. Lepaskan clutch perlahan – lahan
  8. Kereta berjalan seperti biasa dan masukkan gear seterusnya


NAIK BUKIT :
  1. Mulakan dengan gear 1
  2. Gerak perlahan-lahan
  3. Apabila side mirror menghampiri palang pertama cepat-cepat tekan brek kaki dan clutch
  4. Tarik hand brake dan freekan gear
  5. Liha keluar sama ada tayar depan cecah pada line kuning
  6. Kalau pasti,angkat tangan. Kalau tak lepas buat semula.
  7. Masa nak turun bukit,masukkan gear 1 dan tekan minyak sampai 3.5 atau 4
  8. Lepaskan clutch pelan-pelan sampai terasa kereta ke depan
  9. Lepaskan hand brake
  10. Kereta akan terus bergerak menuruni bukit.

PARKING:
  1. Gerakkan kereta dan pastikan hujung cermin pintu belakang sama dengan palang paling depan
  2. Tekan clutch dan masukkan gear reverse
  3. Pusing stereng sampai abis ke kiri
  4. Lepaskan clutch perlahan-lahan dan kereta bergerak perlahan-lahan
  5. Kira sampai 8 palang dan berhenti
  6. Pusing stereng sebanyak 2 kali ke kanan
  7. Gerakkan kereta sampai tayar belakang jejak line
  8. Pusing stereng ke kanan sampai abes
  9. Gerak sampai kereta betul-betul masuk ke lot
  10. Tekan brek,freekan gear dan  angkat tangan
  11. Keluar parking


PARKING 3 PENJURU:
  1. bagi signal
  2. pastikan kereta bergerak dengan perlahan
  3. mula belok perlahan-lahan apabila cermin sisi selari dengan tiang yang pertama
  4. pastikan stereng selari dengan tiang ditengah
  5. pastikan juga tayar hadapan dalam keadaan menegak
  6. pusing stereng sehingga habis sama ada kiri atau kanan mengikut kedudukan parking anda
  7. masuk gear reverse dan lepaskan clucth perlahan-lahan sehingga kereta bergerak
  8. pastikan anda tidak melanggar tiang di situ
  9. berhenti apabila kereta dalam keadaan lurus
  10. masuk gear 1 dan bagi isyarat membelok.
  11. gerak perlahan-lahan untuk keluar parking
  12. selesai


Lepas habis semua bahagian tengok borang test korang....

kalau diorang tanda pada LULUS...

YEAHH!!!!


kalau diorang tanda KANDAS...

DEMM!


ok la...segala keputusan terletak ditangan dan kaki anda...buat yang terbaik...hahaha
ok chow!!