Thursday, February 23, 2012

Sahabat > Musuh

Aku hanye mahu die anggap aku sebagai sahabat sahaje..tak lebih dari itu...tapi kenape die layan aku macam aku ni musuh die...mungkin die sudah mendapatkan sahabat yang lebih baik dari aku...aku terasa seperti dianiaya olehnya...dikhianati....orang cakap orang yang dianiaya doanya akan dimakbulkan oleh Alaah..jadi aku ingin berdoa kepada Allah suapaya dia menyedari perbuatannya bukan tindakan yang betul dan semoga hatinya akan menerimaku sebagai sahabat dia bukan sebagai musuh dia...aku tidak meminta lebih daripada itu.....hanya sebagai sahabat sahaja...sahabat sejadi selama - lamanya...

Harap suatu hari dia akan membaca luahan aku ini...dan berubah fikiran...Amin...

Sekian...

Tuesday, February 14, 2012

Terbangnya dia pergi...

Aku mempunyai seekor burung yang aku bela sejak 4 tahun lalu....burung yang aku bela ini dari secara fizikal tidak yang tercantik tapi apabila kita melihat dia,hati kita jadi tertawan...orang cakap ada aura tersembunyi...orang akan jadi lebih tertarik apabila kita melayan burung itu..keletahnya,aksinya membuatkan orang mahukan burung yang aku bela ini...

Apabila aku marah,aku tengok burung itu...hilang kemarahan aku...apabila aku tertekan,aku pergi melayan burung itu...keletahnya cukup membuatkan hati aku tenang...senang aku berada di samping burung yang aku bela ini....macam - macam yang berlaku antara aku dan burung itu tapi semua dapat diselesaikan dengan baik...aku sayang dan suka burung yang aku bela ini...terlalu sayang untuk aku lepaskan dan bagi kepada orang lain walaupun ada orng yang cuba memintanya....

Tapi tak semua yang indah berlaku dalam hidup aku...tanpa aku sengaja aku biarkan pintu sangkar terbuka luas untuknya...dan dia terbang keluar bebas di dunia dia...tidak aku faham kenapa dia terbang keluar sedangkan sebelum ini,dia setia denganku walaupun adakalanya pintu sangkarnya terbuka....Puas aku mencari ke mana hilang burung kesayanganku ini...awak di mana?awak nak menguji saya ke?

Setelah puas aku mencari..rupa - rupanya dia telah  hinggap di rumah orang lain..aku lihat dia sungguh senang sekali berada di sisi orang itu...seperti tidak kekok berhadapan dengan orang itu...berkali - kali aku cuba masuk ke rumah itu tetapi begitu sukar...tetapi aku tidak mengalah,aku cuba pelbagai cara untuk mengambil semula burungku itu...aku sayangkan burung aku itu...tetapi terlalu banyak halangan di hadapan ku...aku lihat burung itu sekali sekala memerhati aku dari luar dan berkelicap seperti ingin memberitahu yang dia sedang hidup selesa dan menyatakan tuan barunya sentiasa bagi makan,melayan dia dan menyayangi dia lebih dari apa yang aku telah bagi padanya....

Nampaknya aku disisihkan kerana kurang pengalaman menjaga burung.Tapi tak mengapa,jangan menyerah sebelum mengalah.Mesti adalah ruang dan peluang untuk dapatkan balik burung yang pernah aku miliki sebelum ini.Aku harap dia akan terbang padaku dan aku berjanji akan menjaga dia dengan lebih baik dari sebelum ini.Aku sayang kamu dan aku tunggu kamu!



AKU BUKAN PENJAGA YANG TERBAIK TAPI AKU AKAN BERUSAHA LEBIH BAIK